salam,
selalu kita dengar ada segelintir pemandu pengangkutan awam "lalok"..pemandu bas yang selalunya yang berjarak jauh gunakannya untuk tahan mengantuk dan pihak berkuasa akan jalankan urine test secara rambang dihentian bas atau plaza2 tol.tapi apa sebabnya ada pemandu teksi juga "lalok"?tempat aku selalu "Q" pun ada 2/3 kerat pemandunya "lalok".ada kena ganja,katanya biasalah ganja,tak ada apa2,tapi yang aku sedih tu ada sorang mamat teksi ni muda lagi tapi dah kena "ice",patutlah beraninya bukan main,dengan siapa pun dia tak takut.sapa2 pemandu teksi yang tak puas hati dengan dia,dia ajak gaduh,setakat jpj,lpkp dan puspakom ni dia tak berapa nak heran sangat.setakat aku tahu dan nampak sendiri dia ni dah 4/5 kali bergasak dengan pemadu teksi yang lain...ke balai pun dah banyak kali jugak,minggu lepas aku dengar dia kena cekup dengan polis yang pakai waja berpelekat pegawai penyiasat jsj semasa dia tengah "Q"..tak tahulah apa kes,tapi tak lama kemudian dia dah lepas..apa yang nak aku katakan di sini ialah,hanya segelintir pemandu teksi yang buat hal,yang lain2 pun terkena tempiasnya,jadi harap2 tu ingat2 lah kawan2 yang lain,kita sama2 cari makan janganlah rosakkan lagi nama kita sebagai pemandu teksi dengan hal2 macam ni..nanti siapa yang susah?kita semua juga.harapan aku agar mamt ni akan berubah,juga kawan2 yang lain yang dok pekena ganja masa bertugas...ingatlah,kalau belum kena cekup tak apa,kalau dah kena nanti,apa nasib anak bini kita?renung2kan lah dan selamat bertugas.
wassalam.
14 November 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment