14 November 2009

teksi,pakalolo,ice dan...

salam,

selalu kita dengar ada segelintir pemandu pengangkutan awam "lalok"..pemandu bas yang selalunya yang berjarak jauh gunakannya untuk tahan mengantuk dan pihak berkuasa akan jalankan urine test secara rambang dihentian bas atau plaza2 tol.tapi apa sebabnya ada pemandu teksi juga "lalok"?tempat aku selalu "Q" pun ada 2/3 kerat pemandunya "lalok".ada kena ganja,katanya biasalah ganja,tak ada apa2,tapi yang aku sedih tu ada sorang mamat teksi ni muda lagi tapi dah kena "ice",patutlah beraninya bukan main,dengan siapa pun dia tak takut.sapa2 pemandu teksi yang tak puas hati dengan dia,dia ajak gaduh,setakat jpj,lpkp dan puspakom ni dia tak berapa nak heran sangat.setakat aku tahu dan nampak sendiri dia ni dah 4/5 kali bergasak dengan pemadu teksi yang lain...ke balai pun dah banyak kali jugak,minggu lepas aku dengar dia kena cekup dengan polis yang pakai waja berpelekat pegawai penyiasat jsj semasa dia tengah "Q"..tak tahulah apa kes,tapi tak lama kemudian dia dah lepas..apa yang nak aku katakan di sini ialah,hanya segelintir pemandu teksi yang buat hal,yang lain2 pun terkena tempiasnya,jadi harap2 tu ingat2 lah kawan2 yang lain,kita sama2 cari makan janganlah rosakkan lagi nama kita sebagai pemandu teksi dengan hal2 macam ni..nanti siapa yang susah?kita semua juga.harapan aku agar mamt ni akan berubah,juga kawan2 yang lain yang dok pekena ganja masa bertugas...ingatlah,kalau belum kena cekup tak apa,kalau dah kena nanti,apa nasib anak bini kita?renung2kan lah dan selamat bertugas.

wassalam.

13 November 2009

salam untuk semua

salam untuk semua,


ini hanyalah catatan peribadi aku sebagai pemandu teksi di kuala lumpur...

juga kisah dan pengalaman rakan-rakan pemandu teksi kuala lumpur yang lain...

mungkin ada cerita2 aku ni boleh dijadikan panduan juga ikhtibar..

yang baik jadikan ikutan..yang buruk jadikan sempadan.

terimakasih kepada blogger.pemanduteksi,aku selalu ikut catatannya,tapi sekarang dia nampaknya diam je..mungkin dah dapat permit sendiri dia tak ada masa nak online...entahlah..

buat permulaan dan pengenalan,aku adalah salah seorang pemandu teksi dikuala lumpur,mungkin hampir2 10 tahun bawa teksi.pernah juga cuba2 kerja dengan orang dua tiga tempat tapi tak jalan,akhirnya bawa teksi juga yang serasi,mungkin dilahirkan untuk bawa teksi agaknya.aku juga pernah kerja di jabatan kerajaan,tapi tak lama..bosan..jangan tak tahu,aku pernah berkerja disalah sebuah syarikat judi terbesar dimalaysia,hampir 3 tahun,mewah,tapi tahu-tahulah hasilnya..

jual burger,penghatar bunga dan hamper,syarikat alat2 tulis,syarikat alat2 ganti kereta,jual buku,perniaga pasar malam,pemandu van pelancong,penghantar notis saman,penganggur,syarikat komputer..antara kerja2 yang aku pernah kerja,banyak juga rasanya....tapi semuanya adalah pengalaman bagi aku..

sekarang sebagai pemandu teksi biasanya aku akan berada di salah satu tempat teksi selalu menunggu penumpang,disalah satu terminal pengangkutan yang terkenal di kuala lumpur.biasanya aku bawa teksi ni dari pagi sampai malam dan kadang2 dari pagi sampai pagi adakalanya melebihi had maksimun yang dibenarkan oleh akal...48jam?kadang2 lebih..dengan pendapatan tak seberapa.itulah hakikatnya seorang pemandu teksi kuala lumpur..terpaksa demi perjuangan ditengah kota yang serba mahal,serba memerlukan RM setiap detik..tak percaya?percayalah...itu belum kira bab kereta rosak,hutang kat company lagi,ada yang teksi kena tarik,hutang ah long,hutang kawan2,kena tipu penumpang,ragam LPKP,JPJ,POLIS,PUSPAKOM,POLIS BANTUAN,DBKL,masalah nak isi ngv,kena samun,teksi lembah kelang yang jumlahnya mencecah puluhan ribu,penumpang yang sekarang macam susah nak dapat..itu hanya sedikit dari berbagai halangan yang ada..apa2 pun aku masih bersyukur walau susah campur payah rezeki yang aku dapat terus dari penumpang bagi aku lebih baik dari mereka yang gaji beribu tapi penuh tipu helah,lebih2 lagi orang2 di atas sana..tak percaya?percayalah.ok lah,rasanya cukup utk kali pertama ni,rasa nak tido kejap,semalam bawa dari tghari sampai tengahari tadi,company dah telepon "BILA MAU DATANG COMPANY BAYAR SEWA?"haha,soalan bonus bagi aku,apa lagi aku bagilah satu hari yang aku rasa aku nak pergi company aku tu,kadang2 tak pergi pun...tak cukup dan tak pernah cukup2 pun sampai bila...

jumpa lagi semua.salam sejahtera.wassalam.