30 October 2010

teksi dan roullete mesin

salam,pernah dengar roullete?sejenis permainan online yang segar mekar di kuala lumpur disebalik kebanyakkan cybercafe...1 dapat 36.....maknanya lagi banyak jumlah taruhan lagi banyak untungnya!!!betul ke untung?kawan2 teksi ada juga yang gila permainan online ni..siang malam kat depan mesin tu,entah bila masanya pulak dia bawa teksi...dari perhatian aku,dari 10 yang gila mesin tu 9.5 tewas!ada yang teksi di tarik,ada yang jadi buruan 'ah long',ada yang balik kampung,ada yang cari kerja lain dan seribu macam masalah lagi...tak percaya?cuba2lah tinjau tempat tumpuan kaki2 mesin ni...aku pun tak tau macam mana tempat ni boleh terlepas dari pandangan pihak berkuasa atau seperti biasa....

kadang2 nak salahkan pemandu teksi pun macam tak tergamak juga sebab aku pun tahu sebab2 mereka kesitu,nak bayar sewa teksi yang tertunggak,teksi yang meragam yang perlukan modal untuk dibaiki,hutang yang bertimbun,ah long yang sentiasa menagih hutang dan berbagai masalah lagi...apa2 pun pilihan ditangan sendiri,berusahalah dengan gigih tapi bukan dengan cara mencuba nasib dimesin mesin roullete ni....

kerajaan pun janganlah hangat2 tahi ayam atasi masalah kehadiran cybercafe jenis perjudian ni,
sprm jengok2 lah pihak berkuasa tempatan...kenapa mudah mereka beroperasi....tolonglah..

wassalam

29 October 2010

permit dah dapat...tapi...




salam,


bertemu lagi setelah hampir setahun berlalu..akhirnya aku pun dapat permit teksi individu juga,macam tak percaya pulak...dah ambil permit tu kat the mines dengan kawan-kawan dalam suasana yang agak kelam kabut je..tapi yang menariknya hari tu ramainya kaum2 wanita yang dapat juga permit individu,bukan jeles tapi bagi aku macam tak kena je kaum hawa bawa teksi,banyak risikonya tapi jawapannya nanti,biasalah kaum hawa dah sama taraf dengan lelaki,apa lelaki boleh buat diorang pun boleh buat...lantaklah ..jangan nanti macam2 kes kita dengar sudah la..


ada kawan2 dah keluarkan teksi saga blm ada waja..tak lagi mungkin 2011 exora pun jadi teksi bajet..aku?masih lagi pakai teksi syarikat,masih lagi menyewa teksi syarikat.nak buat loan bank nama dah blacklist,nak pinjam mara,mara kata duit dah abis..abis kat mana pun tak tau la....nak pinjam syarikat mahalnya 2 kali ganda dari bank....akhirnya terpaksa bertahan dengan teksi syarikat dulu,mudah mudahan dapat bertahan.
jumpa lagi salam semua